Jangan halang pelaksanaan hukum Allah
Thursday, 27 August 2009 07:57am
KES Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, menjadi isu hangat dibahaskan. Ia menarik kerana akan menjadi precedent (ikutan) kepada kes-kes lain yang melibatkan kesalahan minum arak.Ramai yang tumpang sekaki membicarakan mauduk ini. Walaupun ada di antaranya tidak mempunyai ilmu dalam hukum syariah.Seperkara yang perlu kita ingat, agama bukan soal perasaan, emosi atau apa yang kita rasa. Agama adalah perintah Allah. Ia tidak membezakan jantina, pangkat atau warna kulit.Sebab itu, dalam bab wuduk misalnya, wuduk kita akan batal apabila kentut. Dan kita disuruh mengangkat hadas kecil semula.
Logiknya, kalau kentut itu membatalkan wuduk, sepatutnya bahagian di mana keluar angin itulah yang dibersihkan. Tetapi hukum Allah bukan hanya bersandar kepada logik semata-mata.
Apabila kita mengucap syahadat, maka kita sudah ditaklif dengan hukum-hakam. Ini bermakna kita perlu mematuhi apa yang disuruh dan dilarang di dalam Islam. Ia termasuk juga dengan larangan minum arak.Dalam al-Quran, pengharaman arak dilakukan secara berperingkat-peringkat melalui penurunan empat ayat Allah iaitu dalam Surah an-Nahl, ayat 67; Surah al-Baqarah, ayat 219; Surah an-Nisa', ayat 43 dan Surah al-Maidah, ayat 90..Ayat dalam Surah al-Maidah inilah yang mengharamkan arak secara sekali gus.Jumhur fuqaha mengharamkan arak disebabkan ia adalah najis dan memabukkan.Dalam ayat itu, Allah berfirman yang maksud-Nya: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan".Sepatutnya, umat Islam menghormati Kartika dan juga Mahkamah Syariah yang telah menjatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam kali sebatan ke atasnya.Yang tersirat, wujud tanda keinsafan pada Kartika. Lalu beliau mahu bertaubat sebab itu minta disegerakan pelaksanaan hukuman.Mudah-mudahan dengan taubatnya, Allah mengampunkan dosa beliau dan Kartika terlepas daripada dihukum di Padang Mahsyar kelak.Sebatan mengikut syarak tidak 'sekejam' rotan dalam mahkamah sivil. Penyebatnya tidak boleh mengangkat tangan lebih daripada ketiak.Ia lebih kepada memberi pengajaran. Tidak memudaratkan kesihatan apatah lagi mengancam nyawa.Malah, jika dibandingkan dengan hukum Islam atau hudud dalam bab minum arak ia jauh lebih ringan.Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: "Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi SAW. Kemudian Baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali".Justeru, jangan kita polemikkan perkara yang sudah jelas atau qatie dalam Islam. Mempertikaikan hukum Allah bermakna kita mempertikaikan sistem keadilan Allah yang Maha Mengetahui. Walhal arak adalah ibu segala maksiat.Hukum Allah bukan diukur kepada kesannya kepada yang bersalah tetapi kegerunan yang timbul kepada manusia untuk melakukan kesalahan yang sama.Demikianlah, janji Allah bagi mereka yang melaksanakan hukumnya.Akhirnya, dengan terlaksana hukuman sebat akan terhindarlah masyarakat Islam daripada keruntuhan akhlak, perbuatan keji dan jenayah.
Sedutan dari;
Utusan Online
Hukuman Sebat Minum Arak Pengajaran Kepada Umat Islam
H1N1- selsema babi
Wabak ini telah merebak ke daerah rompin. Selepas perkhemahan bersepadu yang lepas ramai pelajar telah demam selsema dan mengadu sakit tekak.
Minggu persekolah ini sebuah bas telah di hantar ke hospital rompin.
Pada hari jumaat-lawatan pegawai perubatan daerah rompin memeriksa sebilangan besar pelajar dan staf......
40 pelajar lelaki dan 9 pelajar perempuan serta 5 orang kakitangan sekolah iaitu 4 guru dan 1 orang staf telah dikuarantikan disekolah dan dirumah.
Hasil sampel kahak ke hospital sungai buluh didapati 2 orang pelajar disyaki H1N1.
Pengetua mengambil keputusan atas nasihat pengarah hospital rompin menutup sekolah selama seminggu mulai 10 -17 Ogos 2009. Mereka yang tidak sihat dikuanranti manakala yang sihat suka la mereka............................
itu shj untuk kali ini. Sekolah dibuka semula pada hari selasa 18 ogos 2009. Ada juga yang dkuaranti main bola PSKPP..............hairan............minat bola punya pasal..................rompin sampai jerantut. Moga virus H1N1 tidak ikut sekali............
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform smtsas 2009
Perkemahan Bersepadu 2008
PEGAWAI JEMPUTAN BARISAN PEGAWAI DAN KETUA PENASIHAT
KURSUS ASAS GAJET
PESERTA KEM BERSEPADU KRS 2008
NAIB JOHAN KESELURUHAN: JOHAN ISTANA PASIR, KAWAD KAKI& MASAKAN RIMBA, NAIB JOHAN: MERENTAS HALANGAN, PERTOLONGAN CEMAS, IKATAN DAN SIMPULAN(GAJET ) DAN KADET PEREMPUAN TERBAIK: PW(I) KRS SITI NUR SYUHADA BT MUSA Selengkapnya......